Jeti Tambatan
Mempunyai 3 jeti tambatan iaitu:
- Jeti Utama - berfungsi sebagai jeti pendaratan ikan tempatan dimana kebiasaanya bot pukat jerut dan bot pangkor yang mendarat di jeti kompleks.
- Jeti Kedua - sama fungsi seperi jeti utama.
- Jeti EU (European Union) - berfungsi untuk pendaratan ikan eksport dari luar negara.(Buat masa sekarang jeti EU ini masih belum berfungsi)
Pejabat Niaga
Pihak kami menawarkan 7 unit ruang niaga kepada pemborong yang ingin mendapatkan kemudahan yang berdekatan dengan jeti.
Harga yang ditawarkan RM 300.00 sehingga RM400.00/unit.
Tapak Niaga / Ruang Pemetian
Kemudahan kepada pemborong ikan untuk menjalankan aktiviti pemunggahan atau menggredkan penjualan mereka sebelum dipasarkan.
Harga RM 120.00 / bulan untuk 1 tapak
Keluasan 8'x10'
Bilik Sejuk
Kemudahan penyimpanan ikan yang boleh menampung sebanyak 100MT dalam satu-satu masa.
Harga RM 1,500.00 / bulan.
Chain Hose dan Boom Kren
Kami juga menyediakan kemudahan mesin pengangkat bagi memudahkan proses mengangkat tong ikan dari kapal ke lori dan dari lori ke kapal.
1 unit kren tadano - jeti utama
7 unit kren boom - jeti utama
5 unit chain hos - jeti utama
3 unit kren boom - jeti kedua
1 unit chain hos - jeti kedua
5 unit chain hos - jeti EU
Forklift
Disediakan untuk menjalankan kerja pemunggahan. Kesemuanya ada 7 unit. 6 unit untuk pemunggahan biasa dan 1 unit untuk jeti EU.
Troli
kemudahan untuk pengguna mengangkat tong kosong dan dibawa ke lori atau memindahakan tong kosong.
Mesin Ais Batu
Terdapat 2 jenis mesin ais batu iaitu mesin ice flake dan mesin ice crusher yang ditawarkan kepada pengguna dan ia boleh menampung permintaan jika didalam waktu puncak.
Minyak Bersubsidi
Memberi kemudahan pengusaha bot kompleks untuk mengisi minyak selain menjadikan kompleks tempat satu pendaratan.
Kantin
Kemudahan kepada pengguna kompleks untuk makan dan beristirehat.
CCTV (kamera litar tertutup)
Sebagai pemantau keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecurian yang berlaku dikawasan kompleks.
Kotak KIB (Kotak Ikan Berinsulasi)
Kami juga menawarkan penjualan kotak KIB.
Pam Air
Kemudahan ini disediakan untuk memudahkan penggguna bagi mengisi air dan mencuci kawasan jeti kompleks. 1 unit pam di jeti utama dan 1 unit pam lagi di jeti kedua.